Monday, 3 July 2017

UUM UNTUK PERTAMA KALI



Hollaaaa,,, Assalamualaikum, sekian lama tak menulis ni... btw Selamat Hari Raya.. Sekarang ni bosan sangat dekat rumah tak tahu nak buat apa.. So dengan kesempatan membosankan diri tanpa ada arah tujuan untuk mendapat kecemerlangan ni, banyak cakap pulak kau ni umi... okeyh2, back pada topik dekat sini umi nak cerita pengalaman umi sendiri masa study dekat UUM..


Act, umi ni stay  dekat kedah ja, so hidup, belajar, bermain, berlari, merangkak, menyanyi, segala jenis meeeeee memang dekat kedah ja.. myb xda rezeki lagi nak duduk luar dari kedah.. So mula dari sekolah tadika, sekolah rendah, menengah, sampai la masuk U pun dekat kedah..

Ok, cerita sikit pasal UUM, UUM ni terletak di Sintok Kedah.. Nak senang tahu lokasi, ianya terletak berhampiran Bukit Kayu Hitam, dan Pekan Changlun..



UUM dari pintu depan


atas ni peta jalan dalam uum, senang la kalau sesat 😁

So, untuk pertama kali nya umi jejak kaki dekat UUM ni masa tahun 2013 rasa nya.. Masa tu bukan first day orentasi ka apa, tapi untuk ambil ujian Medsi.. Siapa yang tak tahu, ujian Medsi ni untuk sesiapa yang nak apply bahagian education, so orang tu kena ambik ujian ni untuk tahu diri mereka macam mana then baru ada sesi interview pulak... Nak jadikan ceritanya terpaksa la pergi UUM ambil ujian Medsi tu.. Masa ambil ujian tu dekat makmal dekat school accounting tak silap..


Bila dah tunggu beberapa lama, nak jadikan cerita umi tak layak bahahha πŸ˜‚... sedih betul, tak layak jadi cikgu, tak apa lah, myb diri sendiri ni tahu yang kita tak mampu n tak layak.. ialah, myb ada rezeki lain untuk umi kan... tunggu punya tunggu sampai la masej tawaran masuk U 😊..


Buka-buka ja tadaaaa!!!!!! UUM, Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.. Kedah lagi dalam hati ni 😱.. Dah tu dapat kos pulak Industri Kreatif.. Kos apa la Industri Kreatif ni.. So dengan kesempatan teknologi kian meningkat ni umi pun google la kos ni.. Rupanya kos ni terbahagi pada 4 major iaitu, filem, animasi, media interaktif dan muzik.. Sumpah tak kena dengan jiwa betul, masa tu mula la terbayang-bayang artis-artis, penyanyi, pengarah, segala kartun yang ada dalam dunia ni πŸ˜₯.. 



Atas ni video Scimpa sekali aktiviti dan kemudahan yang sedia dekat UUM

Pada mula nya cakap la dekat mama yang umi  tak nak masuk U.. Tapi mama pun pujuk la umi untuk cuba.. so kalau tak kenal maka tak cinta kan 😁 ... Dengan rasa rendah hati, jiwa dan raga ni redha ja masuk UUM dan kos ni.. For the first time masuk orentasi semua selama seminggu mula.. dekat UUM ni banyak DPP, DPP tu maksudnya dewan penginapan pelajar dan mula tahun lepas ditukar kepada Inasis iaitu Inapan Siswa.. Ada 15 Inasis dekat UUM iaitu MAS, TENAGA NASIONAL, PROTON, TRADEWINDS, PETRONAS, GRANTT, SIME DARBY, YAYSAN ALBUKHARY, BANK MUAMALAT, MAYBANK (untuk yang dah kawin ja tau), SME BANK dan BANK RAKYAT.. 


Kena tahu juga, sesiapa yang belajar dekat UUM ni semua student akan stay dekat hostel.. UUM  tak sama macam U lain. Kalau U lain sem pertama sahaja yang akan stay dekat hostel, lepas sem pertama kena keluar cari rumah sewa dekat luar.. Itu lah kelebihan UUM, walau pun UUM ni dalam hutan tapi banyak sangat kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pelajar.  Kalau lihat pada senarai Inasis dekat atas, UUM sediakan Inasis untuk mereka yang dah berkahwin, so siapa yang dah kawin tu nak angkut family pun boleh duduk dekat UUM.. UUM juga sedikan sekolah untuk anak-anak pesyarah atau pelajar dalam UUM.. Lepas tu, UUM juga sediakan bas untuk semua pelajar untuk pergi kelas.. So jalan dekat dalam UUM ni tak adalah macam dekat tempat lain yang sesak dengan lalu lintas..




ni gambar shoot kelas photography
hidden lake


dekat belakang umi tu namanya canselori, semua hal akademik dekat situ
ni masa zaman muda-muda


ni pula dekat depan library, depan ni ada kolam besar siap air pancut
acah ja gambar ni, tapi lepak sini best


boleh juga nak ambil gambar baring atas rumbut, sbb uum ni banyak betul rumput
nak baring dkt pdg golf pun boleh 😁




Dekat sini kita dapat lihat banyak sangat kemudahan untuk student UUM.. Jujur cakap pada mulanya, umi tak suka lansung UUM sebab jauh dengan bandar, tak macam U lain yang dekat dengan bandar, boleh shopping habiskan duit hik3... Tapi bila dilihat persekitaran UUM subahanallah!!! sangat tenang, boleh dengar bunyi burung, kehijauan pokok-pokok, rumput.. Itu pada pendapat umi, tapi bagi yang dah biasa dengan kemewahan tempat sendiri, setiap hari mengadap banggunan tinggi-tinggi mesti rasa kolot sangat bila study dekat UUM.. Lain orang, lain seleranya kan πŸ˜‰..


ni tasik untuk berkayak


happy day



ni tempat kuda, sapa yang nak ambik ko-k berkuda 
or nak naik kuda pun boleh



gerak pada view pusat sukan,
ni tempat selalu lepak petang-petang, sebab kita dapat rasa luaskan pemandangan


Untuk pengalaman umi masa first belajar dekat UUM, umi ditempatkan dekat Inasis Bank Muamalat, iaitu satu-satunya Inasis perempuan, tapi lepas 2 tahun 2 lagi Inasis di tukarkan kepada perempuan sahaja.. Sudah memang tertulis akhir zaman ni perempuan makin banyak kan so itu sudah kehendakNya..


ni gambar masa first masuk dulu dengan cousins, sekarang dh baru perabut
ni bilik umi masa sem 3 


Inasis Muamalat ni ada 2 sahaja block iaitu AP3 dan AP4 haaaa... Inasis ni terletak di laluan C, laluan ni hanya Inasis Bank Muamalat dan Inasis Yayasan Albukhari ja tau.. Ok, masa mula umi masuk Inasis Bank Muamalat ni umi stay dekat AP3 portion A paras 3.. Rancangan Allah tu sangat cantik, sebab umi roommate dengan kosmate umi sendiri.. So senang la kalau nak study ka apa hik3... Itu pada umi, ada setengah orang tak suka bila roommate dengan kosmate sendiri.. Nama roommate umi Siti Nabila binti Sobri.. Haaaa, nama ayah tu dah nak sama dah, then yang surprise nya lagi, tarikh birthday kami sama tau😚... 



trowback sikit gambar masa sem 1, masa ni kami orentasi πŸ˜„



ni gambar masa dah matang sikit, tapi bella ni dah jadi milik orang tau 

Nak dijadikan cerita lagi, jiran-jiran umi juga dapat kos yang sama dengan umi, tapi roommate dorang kos lain la hik3... dekat bawah ni umi tunjuk umi dengan kosmate dekat UUM.. kami ni memang gila-gila sikit.. ahahahha, sekali umi jadi gila hik3😁...


ni haa kosmate yang gila-gila



ni gambar dalam library, kami ni memang suka buat teruk sikit



ni plak masa last year dinner uhukk 😣 tiba-tiba sedih


Cerita pula pada kos yang umi dapat ni, pada mulanya masyaallah, tak faham lansung apa yang lecture ajar, orang cakap macam culture shock.. Tak biasa lagi dengan situasi belajar dekat U.. Untuk junior-junior akan datang, jangan terkejut beruk sangat bila masuk U ok, hidup kena cool n chill ja tau.. Dari cerita dekat atas tadi, kos Pengurusan Industri Kreatif ni ada 4 major, so 2 dari kawan umi iaitu jiha n farah ambik major filem, umi ambik major animation n bella major media interaktif.. muzik ja tak da, myb kami ni tak ada bakat dalam muzik, tapi bella n jiha pandai nyanyi.. Tapi mula pada junior akan datang ni, dorang kena interview dulu kalau nak masuk kos industri kreatif ni.. So sapa yang berminat kena belajar-belajar la kreatifkan diri😊


Ni nama dia jiha (major filem)
ig: jiehayahaya_


Ni plak farah (major filem)
ig: arihaysharaf

Dari mula tak minat, lama-lama kami sangat enjoy dengan kos ni.. Sebab kos ni asgment sangat aktif, maksudnya kena rajin sikit.. kalau filem biasa la kena buat short filem, kalau animation pula belajar buat 3d cartoon, media pula buat web or game, muzik buat lagu or muzik video.. So semua orang akan aktif.. Senang cakap, kena kreatif sikit n aktif 😁

Dekat bawah ni antara projek-projek yang umi dah buat dan kawan-kawan umi...


Ni hasil final project jiha


Ni pulak hasil final project farah


yang last ni, final project umi

Pesanan untuk junior juga, kalau rasa diri tu tak kreatif dan b4 ni korang budak math, budak sains yang tak minat dengan kos ni, percaya lah korang kena enjoy ja dan korang akan rasa diri korang mampu untuk itu...

Haaaa, perkenalkan juga, Nisa dan Mira.. Nisa ni roommate dengan jiha.. Nisa ni kos kaunseling, so bagi kami yang ada masalah selalu akan share dekat nisa dan umi juga clien tetap nisa bahaha.. Mira pulak roommate dengan farah, mira ni kos teknologi media major journalist... Mira ni budak penulisan ni hik3.. Tapi mira dengan farah kejap ja dekat Inasis Muamalat sebab dorang ni join ko-k suksis, suksis ni kiranya macam polis la dan dorang nanti akan ditauliahkan sebagai polis, maksudnya ada pangkat juga la dalam bidang polis ni so dorang di tempatkan dekat Inasis Yayasan Albukhari. Kami budak UUM selalu panggil YAB ja untuk Yayasan Albukhari, YAB ni Inasis untuk semua budak suksis, palapes, budak golf dan ada sikit pelajar biasa. Kiranya dorang kena duduk dengan geng suksis la.. Siapa yang masuk suksis ni juga ada kelebihannya, sebab bila habis belajar nanti, yang berminat sangat dengan polis, dorang boleh masuk polis..


ni nisa dan jiha, haa roommate sejati ni 😁


ni pulak mira dengan farah, ni pun roomate sejati sampai dua2 masuk suksis

 ni plak gmbar bersama-sama

Haaa, cakap pasal ko-k.. Semestinya dekat U banyak sangat ko-k yang korang boleh join.. Cerita sikit pengalaman ko-k umi, masa sem 1 dulu umi ko-k palapes.. Palapes ni bahagian ketenteraan, so ada pilihan sama ada nak join tentera darat, laut atau udara.. Masa tu umi join tentera darat.. B4 masuk bahagian ni ofcos la kena ada ujiannya, dan umi hanya mampu bertahan untuk 1 sem sahaja.. Bukan bermaksud saja quit tapi myb masa tu memang tak kena dengan jiwa kot.. Entah, susah nk explain perasaan tu.. Masa dekat Palapes ni umi dengan 2 orang lagi kosmate, kami sama-sama masuk n kami sama-sama quit hik3.. 


ni kosmate yang join palapes sekali πŸ˜€πŸ˜


ni gambar masa tengah latihan 😁😁


Kelebihan Palapes n Suksis ni setiap bulan akan dapat elaun, setiap latihan akan dapat duit... So tahniah batch yang mampu bertahan dan dorang akan tauliah tak lama lagi.. Untuk palapes nanti dorang akan ada pangkat Leftanan Muda.. Untuk suksis pula ditauliah sebagai inspektor 😌

Ni semua serba sikit yang umi share masa stay dekat UUM, tentang apa yang umi belajar, tentang aktiviti yang ada.. Haaa share sikit kemudahan yang best yang ada dekat UUM iaitu, student dapat main go kart, kuda, kayak, golf, boleh berenang, boleh sauna macam-macam lagi larh.. Semestinya sesetengah aktiviti tu ada harganya... Ini sahaja untuk post kali ni, nanti umi akan sambung lagi cerita umi masa stay dekat UUM.. Enjoy it πŸ˜ŠπŸ˜‰


5 comments:

  1. Omeynyaaaa. Sayang umi la alahaiiii. Rinduuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, sayang nisa jgk... saja la tulis buat untuk rindu2 :)

      Delete
  2. Assalamualaikum .. sya bkal mahasiswa uum kos kaunseling .. bole sya berkenlan dengan nisa yg awak sebutkn tu ..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sya pelajar lepasan spm...boleh x kak umi tolong jelaskan mcmna nk menuju ke kos industri kreatif ni...dan apa apa pepersedian dlm nk menkreatifkan diri?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..akak..kolej mana yg ambil untuk sijil diploma untuk bahagian kreatif??

    ReplyDelete

YOGYAKARTA (AKJ)

Hello!!! Assalamualaikum semua, harap sihat selalu.. haha dah macam tengah tulis surat cinta pulak hik3.. Okey, harini umi ni cita pasal ...