Monday, 24 April 2017

PENANG SHORT VOCATION


Sekian lama tak update blog ni, myb dh dekat 2 tahun x update.. Kesibukkan as a student tu tak dapat nak dihalang, act tu kan tanggungjawab untuk menuntut ilmu.. So for this  update nak share sikit pasal short vocation penang. 

Ok, ceritanya mula dengan 6 orang yang pernah ada dalam 1 organisasi yang sama, so untuk sem ni merupakan last sem untuk 3 orang daripada kami n semestinya umi juga salah seorang darinya. Oleh kerana itu, kami plan nak vocation sesama selama 2 hari 1 malam.



Plan awalnya nak backpacker ke penang, so kami survey perjalanan ke sana bermula naik bas, then naik ferry, lepastu jalan or naik teksi ke hotel, but semua benda tu agak susah atau kami belum bersedia. Bila nak backpacker ni kena juga survey betul2 tempat yang kita nak pergi kan.. N cadangnya nak food hunting dekat sana, oleh sebab semua orang tahu yang penang salah satu negeri yang popular dengan makanan. Kami ada juga tanya pada kawan-kawan yang tinggal dekat penang. Dorang cakap kalau nak food hunting dekat penang agak susah kalau backpacker sebab tempat ke satu tempat agak jauh.

So kami ambil keputusan untuk naik kereta kesana. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam dari UUM ke Penang bermula pada 8:30 a.m - 10:30 a.m dan kami terus ke Little Indian. Little Indian merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong. Little Indian terletak di Georgetown. 

Little Indian juga tempat yang sangat strategic kerana berdekatan dengan pelabuhan ferry Pulau Pinang, berdekatan dengan Komtar  dan Padang Kota Lama. Little Indian merupakan sebuah town yang majority nya kaum cina dan india. Jika anda biasa dengar dengan Restoran Kapitan yang merupakan salah satu restoran terkenal di Pulau Pinang, Little Indian salah satu tempat yang mempunyai cawangan Restoran Kapitan. 

Sampai sahaja di Little Indian kami membuat keputusan untuk meneruskan aktiviti pertama iaitu menaiki basikal yang disewa Rm6.00 untuk sehari. Bagi sesiapa yang berminat nak naik basikal dekat little Indian jangan risau sebab dekat sana banyak kedai yang membuat perkhidmatan sewa basikal ni. 


Oleh sebab tempoh sewa basikal ni lama, kami ambil kesempatan untuk round Little Indian yang famous dengan Straight Art. 






Untuk peringatan juga, jalan di Little Indian agak sibuk dengan trafic, so sesiapa yang nak naik basikal dekat Little Indian ni harus berhati-hati terutamanya bila nak lintas jalan. Dengan masa yang banyak kami juga ambil kesempatan untuk breakfast dekat kedai-kedai yang ada di Little Indian. Selain itu, kami juga ambil kesempatan untuk survey hotel di Little Indian. 

Banyak pilihan yang ada di Little Indian ni terutamanya hotel-hotel yang murah. Kebetulan hari yang kami pergi Penang pada waktu weekend so banyak hotel yang dah full. N alhamdulillah kami dapat hotel yang sangat berbaloi dan perkhidmatannya terbaik iaitu New Asia Hotel.





New Asia hotel ni bagi kami bilik yang mempunyai dua katil queen, Tv, ice box, tandas di dalam blik yang dilengkapi air panas dengan harga RM120 semalam. Sudah cukup untuk kami 6 orang untuk tido dengan selesa. Bila dibahagi RM120 dengan 6 orang, kami perlu membayar RM20 sorang so murah kan???

Ok, dah dapat hotel then penat naik basikal kami pulang balik pada tuan basikal. Kami terus naik kereta yang kami parking berhampiran tempat sewa basikal. oh ya lupa, bagi sesiapa yang naik kereta ke Penang jangan lupa beli kupon parking sebab dekat sana banyak polis yang saman kereta yang xda kupon parking. Harga kupon hanya RM4 sehari dan boleh dapat dekat kedai-kedai runcit atau mini mart.

Bila sampai di hotel pada pukul 12:00 p.m kami rehatkan badan yang letih kayuh basikal. Then lepas solat pada pukul 2:00 p.m kami teruskan aktiviti food hunting di Padang Kota Lama. Padang Kota Lama sangat dekat dengan Little Indian so kami x perlu ambil masa yang lama untuk ke sana. 

Apa yang famous di Padang Kota Lama of course la Mee Sotong. Harga Mee Sotong ni hanya Rm5.00 sahaja.


Dekat Padang Kota Lama ni juga banyak lagi makanan lain yang sedap selain Mee Sotong yang anda boleh cuba. Selepas kenyangkan perut kami jalan-jalan di tepi pantai Padang kota lama.






Yeyhhh, angin laut dekat sana sangat kuat dan best.. x tahu nak cakap mcm mna tapi kena cuba sendiri. Bila dh penat main-main dekat padang kota kami round bandar Georgetown. 

Then malam pula kami teruskan food hunting yang of course sangat famous juga bila pergi Penang iaitu Nasi 7 benua.



Ok, cerita sikit pasal nasi 7 benua ni.. Location untuk nasi 7 benua ni terletak di Sg dua. Then dia terdapat 7 jenis nasi iaitu, nasi lemak, nasi minyak, nasi lemuni, nasi kacang, nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi putih. Nasi ni harganya RM2.00 dan lauk berasingan. Dah kenyang semua, kami pun balik ke hotel untuk rehat 💤💤💤.

So next day, awal-awal lagi bangun kami check out then terus breakfast dekat roti bakar telur goyang. Tempat roti bakar telur goyang ni 4 minit sahaja dari hotel kami. Gerainya pula berhampiran dengan caltex. Location nya juga agak susah nak cari parking. 


Kanan tu roti bakar telur goyang dan yang sebelah kiri tu pula roti canai ayam banjir, so yummy!!!! harga untuk roti bakar tu Rm4.00 then roti canai + ayam banjir RM7.00 dan roti telur + ayam banjir RM8.00.. roti canai tu sumpah sedap, kuah dia ja larh hahaha 😋😋😋..

Okeyh, dah habis breakfast kami gerak pula ke destinasi seterusnya iaitu, Bukit Bendera.. Act Bukit Bendera 2 kali dh umi naik, tapi kali ni naik dengan org lain pula dan semestinya objektif pertama kami naik Bukit Bendera untuk makan hahaha. Benda yang paling best n menarik dekat atas Bukit Bendera ni semestinya ais krim yang super duper best.. Harga kami naik Bukit Bendera hanya RM5.00 dengan menggunakan kuasa kami sebagai student hahaha..


Dah naik, sampai dekat atas, of course la tempat yang menjadi tumpuan adalah 

↓↓↓





Back pada tajuk objektif food hunting kita 😍😍 gambar dekat bawah ni model ais krim yang kita boleh pilih beserta harga. Act dekat level bawah food court ni banyak sangat kedai yang jual ais krim. Untuk memudahkan nak cari location kedai yang kami pergi ni, dya terletak second last kedai di sebelah kiri. 



Yang menjadi pilihan kami hanya larh ↓↓↓


Bila dh makan kenyang sejuk2 ketaq ais krim tu 😋 kami pun jalan-jalan dekat atas Bukit Bendera.. Rasanya location yang lama kami duduk di atas Bukit Bendera, hampir 4 jam sebab tempat nya sangat luas dan macam-macam ada.. Perkara pertama bagi umi yang menarik dekat atas Bukit Bendera ni bila kita naik kereta ni ↓↓↓


Harga naik sebuah kereta ni RM30.00 selama 20 minit.. Act ada orang yang akan bawa kita pusing-pusing atas Bukit Bendera dan dia akan beri penerangan yang sangat terperinci tentang Bukit Bendera adan apa yang ada di atas Bukit Bendera termasuklah rumah-rumah banglo yang ada di atas Bukit Bendera. Serius best naik kereta ni, bukan best sebab jelan-jalan ja tetapi kita akan tahu dengan lebih dalam dan luas lagi tentang Bukit Bendera dan apa yang ada di sana.. So #mohonnaik hahaha 😃😃😄






Dah penat jalan-jalan atas Bukit Bendera selama 4 jam kami gerak ke last destination iaitu Batu Feringhi.. Apa yang ada di Batu Feringhi semestinya pantai haha dan benda yang penting untuk kami ialah makanan.. Apa yang famous dekat sini adalah Laksa batu Feringi. Haaa, banyak sebenarnya gerai laksa dekat tepi-tepi pantai tu, so kami pilih gerai yang betul-betul nampak laut..




Sebelum dapat makanan


Selepas dapat makan, haha menu lain pun ada di sini seperti goreng-goreng, jagung bakar, rojak dan sebagainya.. Lepas makan kami jalan-jalan di pantai 😃😃😃





Untuk last ni, berakhir lah sudah short vocation kita selama 2 hari 1 malam.. walau masa yang singkat kita bersama dekat sna tapi perasaan tu rasa lama sangat.. For last ni juga hope lepas ni kita akan dapat masa yang sama untuk covation lagi, luv u all 💘

No comments:

Post a Comment

YOGYAKARTA (AKJ)

Hello!!! Assalamualaikum semua, harap sihat selalu.. haha dah macam tengah tulis surat cinta pulak hik3.. Okey, harini umi ni cita pasal ...