Friday 18 August 2017

YOGYAKARTA (AKJ)



Hello!!! Assalamualaikum semua, harap sihat selalu.. haha dah macam tengah tulis surat cinta pulak hik3.. Okey, harini umi ni cita pasal jogja, seperti yang umi dah janjikan post b4 ni.. Kalau ada rezeki umi akan cerita kan untuk semua.. Alhamdulillah, berkesempatan juga nak hadap laptop ni..

 Ok, pertama sekali trip jogja kali ni under UUM.. Semua yang pergi trip ni antaranya, pemenang AKJ, yang umi cita dalam post jkps, then president inasis, MPP iaitu majlis pewakilan pelajar, dan last staff UUM.. Trip ni di tanggung oleh UUM bermula pada tiket flight, makan dan segala aktiviti.. Kami just bawa duit poket untuk shopping ja tau..
 (walaupun tak da kawan tapi sebab free pergi juga, peluang sekali ja an πŸ˜”)

Okeyh, untuk detail ringkas ke jogja, kami akan stay dekat sana selama 5 hari bermula pada 10 julai 2017 - 14 julai 2017.. Dan first flight kami ke sana pada jam 6:30 a.m.. So umi yang duduk dekat kedah ni bergerak dari UUM pada petang 9 julai 2017 dalam pukul 5:30 p.m dengan naik van MPP.. Untuk sesiapa yang duduk area Utara dan satu jalan ke KLIA akan di pickup.. So dalam van tu ada dalam 8 orang yang gerak dari Utara.. Mana yang duduk selatan  area kl trus jumpa dekat KLIA..



ni van yang umi naik ke KLIA


Kira-kira jam 12:30 a.m kami sampai ke KLIA.. Boleh bayang tak, sampai di KLIA jam 12:30 pagi then nak tunggu flight pula dalam pkul 6 pagi, mahu rabak mata kami haha.. Act bukan apa, kalau flight tu pagi then sampai Jogja terus check in hotel boleh la rest kejap, tapi kami kena teruskan aktiviti bila sampai di sana.. Penatttt gilessss 😧😧😧


enjoy the journey


Masa kami pergi ni kami naik flight Air Asia, dan semestinya ada makanan dalam flight disebabkan naik tu waktu pagi.. Menu masa kami naik ni Nasi Lemak, serius sedap sangat Nasi Lemak dia😍.. Dan kesempatan itu juga kami tido dengan nyenyak nya sementara tunggu nak sampai..



nasi lemak haha

Perjalanan selama 2 jam lebih, lastly sampai juga dekat Jogja, tapi disebabkan kesesakkan dekat lapangan terbang Jogja kami terpaksa pusing-pusing dekat atas dulu.. Sumpah pening sangat dekat atas tu πŸ’’.. Benda macam ni berlaku disebabkan Airport di Jogja tu sangat kecil dan terpaksa kongsi dengan tentera udara sementara Airport baru dalam proses buat.. Myb lepas ni sesapa yang pergi Jogja boleh la try Airport baru hik3😊..

Sampai ja dekat Airport Jogja, kami kena naik van pula untuk keluar, di sebabkan Airport tu kecil so bas atau kenderaan besar tak boleh masuk ke dalam.. Tak jauh perjalanan kami pun sampai di perhentian bas.. So tukar pula naik bas, dan dengan bas tu juga kami akan naik selama 5 hari untuk semua perjalanan.. Okeyh, nak bagi tahu juga.. Jogja negara yang sangat panas, so sesiapa yang nak pergi Jogja tu mohon la bawa baju yang sesuai.. Jangan pakai sweater pula, nanti mandi peluh la hari-hari 😏..


dah sampai airport dah, mata semua kecik sebab panas hik3😁


Bila sampai ja, kami dibawa untuk makan.. Haaa makan lagi hik3.. Bila sampai tu kami makan dekat kawasan kampung, nama tempat tu Satria Bistro.. Serius cantik sangat pemandangan dekat situ, ada sawah padi hijauuuu ja 😍😍..


ni haa tempat makannya


cantikkan pemandangan😍


Act Jogja bukan negara yang pesat dengan pembangunan yang tinggi-tinggi.. Jogja more pada kampung.. Selama dekat sana umi susah nak jumpa mall yang besar-besar, tapi ada la 2, 3 buah.. Jogja lebih kepada rumah kedia biasa-biasa dan benda yang lain dari negara indonasia yang lain, walaupun kesesakan lalu lintas sama macam negara lain tapi jarang dengar bunyi kenderaan hon πŸ’¨..Serius, pemandu dekat sana sangat toleransi πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ..


Okeyh dah cakap banyak pasal Jogja kita terus pada first aktiviti yang kami buat.. Lepas ja makan, kami ke Candi Prambanan.. Act Candi ni merupakan Candi Hindu.. Candi ni juga menjadi satu tempat tarikan pelancong yang pergi ke Jogja.. Untuk tiket masuk dekat Candi Prambanan ni kena bayar 135,000 rupiah untuk kanak-kanak, dewasa n student harganya 195,000 rupiah.. So korang convert la sendiri erk bahaha πŸ˜πŸ˜πŸ˜†.. Candi Prambanan ni tak salah umi berlakunya bencan alam yang sangat teruk dan Candi ni dibina semula..


view Candi Prambanan dari jauh


dekat sini guide bagi penerangan tentang candi prambanan


Then next destination kami ke Kotagate Mataram.. Untuk perjalanan nak ke Kotagate ni kami kena jalan kaki sikit sebab jalan ke sana agak sempit so bas tak boleh masuk ke sana.. Jalan-jalan dan jalan akhirnya sampai.. Act Kotagate ni tempat istana lama yang di dalamnya ada tempat mandi puteri dan putera.. Kotagate ni lebih kepada sejarah percintaan antara anak raja dengan musuhnya sendiri..



haaa jalan kaki beramai-ramai


ni tempat mandi puteri, tapi sekarang ada ikan ja dalam tu haha


Untuk hari pertama ni kami banyak ke tempat bersejarah ja.. Lepas ja melawat dekat Kotagate kami pun makan.. Hahaha makan lagi ok.. Then lepas makan kami pun ke hotel.. Hotel yang kami menginap untuk sepanjang di Jogja namanya Persona Tugu Hotel.. Hotel ni sediakan kemudahan yang sangat best, ada wifi, pool, n location untuk hotel ni betul-betul dekat tangah bandar Jogja😍😎..



ni bilik hotel yang umi duduk, bilik ni untuk 3 orang πŸ˜ƒ

Dah penat berjalan, makan semua, balik hotel bersihkan diri apa lagi terus hanyut di buai mimpiπŸ’€.. Haha.. Act umi nak cita sikit kawan umi dekat sana.. Macam umi cerita first nak ke sana umi takda kawan n also tak kenal sesiapa pun.. Bila sampai dekat sana umi kenal dengan Kak Alia n Kak Faiza.. Haaa, K. Alia ni staff dari HEP n Kak Faiza ni pula senior satu Inasis dengan umi.. So dekat sini umi nak cakap takda masalah pun kalau first pergi tu takda kawan asalkan kita dekat sana ada kawan hahaπŸ˜ƒ.. So kemana sahaja n buat apa sahaja kami akan bertiga hahaha...


tadaaa, yang tudung purple tu k.alia nya n yang tudung biru tu pula k.faiza


For the next day, iaitu hari ke dua kami ke istana.. n Of course pagi tu kami breakfast dulu dekat hotel.. Untuk di istana ni, kami dapat masuk n tengok sendiri istana yang ada dekat Jogja.. Act Indonesia dengan Malaysia lain sangat cara kepimpinannya.. Di Malaysia, sultan itu akan mewakili setiap negeri yang ada dan ianya akan menjadi pemerintah untuk negeri itu.. Tapi di Indonesia, Sultan itu bukan orang yang membuat keputusan sepenuhnya..



okey, sekarang umi berada di hadapan istana
junjung kasih tuanku πŸ’‚


Masa masuk dalam istana tu kami dapat tengok setiap sultan yang pernah memerintah dan keturunannya.. Allahu, banyak sangat maklumat yang umi lupa dekat sana..Umi bagi tahu apa yang umi ingat sikit-sikit la erk.. Nanti nak kepastian yang sahih boleh la check sejarah semula..


semestinya boleh bergambar dalam tu πŸ‘―

Setiap sultan yang memerintah seorang sahaja yang menjadi keagongan rakyat Indonesia iaitu Sultan Hamengkubuwono yang berjaya memerdekakan negara mereka daripada di Jajah.. So dekat dalam istana tu banyak sangat cerita mengenaik Sultan Hamengkubuwono ni.. So korang yang nak ke sana tu boleh tengok sendiri.. Perkara yang paling umi kagum sekali tentang istana ni, para pelancong dapat tengok sendiri situasi istana yang ada di Jogja.. Istana yang kami masuk tu memang real istana yang memang ada sultan dekat dalamnya cuma sultan tu duduk dekat bahagian lain la.. Macam mana maklumat yang umi dapat dari kawan, Istana johor pun boleh masuk juga, cuma untuk perkara seperti lawatan sekolah dan bahagian tertentu sahaja..


ni la Sultan Hamengkubuwono


Dah penat melawat istana ni kami teruskan aktiviti seterusnya iaitu makan tengah hari dekat tempat buat batik.. So dekat tempat buat batik ni nama dia Kampung Batik Giriloyo.. Dekat sini kami diberi kesempatan untuk rasa sendiri pengalaman buat batik.. Act cara buat batik ni lain sikit dengan malaysia.. Cara canting tu sama cuma warna batik ni lebih kepada kaedah celup, iaitu semua kain tu akan dicelup dalam warna.. Kalau yang pernah belajar buat batik n pengalaman umi buat batik dekat sekolah kita akan warna setiap satu corak yang dibuat..



ni ha batiknya, corak yang dorang bagi kecik na
untuk cuba-cuba


semangat akak-akak kita mencanting πŸ’ͺ


Satu perkara yang perlu diingatkan adalah untuk berhati-hati masa tengah canting batik ni.. Sebab bahan yang digunakan adalah lilin yang dicairkan so ianya panas.. Then jangan smpai jadi macam umi, lilin tu tertumpah atas jari.. Rasa dia agak panas n pedih-pedih sikit gitu.. Haha, untuk sesapa yang nak rasa lebih advance boleh la celup terus jari dalam lilin panas tu hahahaπŸ˜πŸ˜†...


ni haaa lilin yang dipanaskan


tragedi di jari telunjuk 😣




hasil batik semua, berbakat betul semua πŸ˜ƒ

Dah penat main lilin, lukis batik kami dihadiakan hasil batik yang kita buat tu.. Next kami pun terus kan ke aktiviti seterusnya iaitu ke Kedai Coklat.. Nak cakap kilang tak macm kilang sebab dya lebih pada kedai coklat yang buat coklat sendiri n jual coklat tu.. Location untuk tempat coklat ni namanya Coklat Monggo Kotage.. Semua coklat yang dibuat dekat sini berasal dari coklat monggo.. Moggo tu nama jenis coklat tau.. Dekat sana juga kami diberi kesempatan untuk cuba buat coklat sendiri.. Then semua orang akan dapat balik coklat yang dorang buat tu..



tadaaa ni la kedai coklat tu, 
tak nampak macam kilang pun kan 😁



ni pula dia tunjuk cara-cara coklat tu dibuat



n semestinya kita pun boleh cuba 😍
boleh keja kedai coklat tak? 😎


 Lepas tu kami masuk melawat muzium coklat, dekat dalam muzium tu ada banyak makluamat tentang coklat.. Untuk sesiapa yang nak beli coklat pun boleh hihi😁..



ni pula muzium coklat,
 so ada la history pasal coklat moggo ni sikit 



ni pula cara-cara penghasilan coklat


boleh bergambar juga dalam muzium ni
buat macam muzium sendiri ja πŸ˜‹

Dah buncit makan coklat kami pun teruskan perjalanan ke kilang baju.. Act kilang tu more kepada tshart.. So dekat sana, kita boleh tengok dorang cetak tshart, buat tshart n semestinya boleh beli tshart dekat situ.. dekat kilang tshart ni kami tak lama, sebab lebih pada aktiviti shopping ja..


ni haaa tempat kilang tshart tu haha



ni tempat pack tshart


ni tempat shopping baju
haaa beli-beli πŸ˜‹

Dah penat berjalan untuk hari kedua ni kami pun pergi isi perut yang lapar n balik hotel.. Sebelum balik tu kami ke jalan malioboro.. Jalan malioboro ni dekat dengan hotel yang kami duduk.. Boleh pergi jalan kaki.. Dekat Jalan Malioboro ni adalah tempat shooping, baju-baju, cenderahati, barangan kraf n also boleh tawar menawar haha.. Act gambarannya seperti orang buka kedai-kedai di kaki lima rumah kedai.. Depan kaki lima rumah kedai ada org akan buka kedai-kedai kecil pula dekat depan rumah kedai tu... Haaa faham x fahamm???😁


ni gambar kami naik beca bermotor,
sumbat 3 orang πŸ˜‚

Act tak ada gambar malioboro sebab masing-masing sebuk shopping n kebetulan kami pergi malam.. So kualiti gambar tu susah nak cari yang bagus hahaha.. Dekat malioboro ni boleh naik beca, naik kuda, n beca bermotor.. Pada umi better naik beca bermotor, pada umi la sebab kalau naik beca yang orang kayuh tu kesian.. Memang la dorang cari rezeki tapi tak sampai hati nak bagi orang bawak kita guna kuderat sendiri..  Then satu lagi naik kereta kuda pun sama, umi pernah tengok sendiri dekat sana kuda tu sampai terkeluar lidah sebab penat tapi terpaksa berlari juga.. #pesanankemanusiaan  hahaha.. Tapi nak mudah lagi naik grab or uber pun boleh.. Dekat indonesia pun ada tau...

Untuk hari ketiga pula kami akan buat aktiviti air haha.. Act umi tak suka aktiviti air n sebenarnya takut sebab tak pandai berenang hihiπŸ˜‚.. Ok, untuk aktiviti ni tempatnya dekat Pindul Cave.. Aktiviti ni caranya kami kena duduk atas pelampung dan akan kena pegang pelampung kawan sebelah n kami akan dihanyutkan masuk ke dalam gua..



haaa nak pergi dekat gua tu kena naik lori ni 
bersama-sama pelampung

So dalam gua tu ada ada guide yang akan tunjuk dekat korang bentuk-bentuk batu yang dipanggil stalagtites n stalagmites yang masih aktif.. Dalam gua tu juga boleh tegok sarang kelawar... Mula-mula nya rasa takut sangat sebab dalam sangat air tu then gua tu gelap sangat-sangat.. Tapi bila dah masuk rasa enjoy ja huhuπŸ˜ƒ


muka happy keluar gua
jadi orang gua kejap dalam tu πŸ˜‹


Dah habis main air kami salin baju then pergi makan.. Dah kenyang makan naik bas terus ke destinasi seterusnya iaitu pantai pasir putih.. Haaa pantai ni cantik sangat tapi tak boleh lawan pantai langkawi hahaha.. Jalan nak ke pantai ni jauh betul, jalan dia banyak sangat selekoh n macam jalan naik bukit turun bukit.. Yang mana tak tahan dengan jalan macam ni minta jaga diri sebelum isi perut keluar bahaha..


ni haaa pantainya
tak lama pun dekat pantai ni πŸ’¦

Disebabkan perjalanan pergi n balik tu jauh, kami sampai di hotel pada waktu malam.. Untuk hari ke tiga ni hanya dua aktiviti sahaja yang kami buat.

Untuk last aktiviti yang kami buat di Jogja adalah aktiviti yang paling best sekali haha, tak tahu la orang lain suka ka tak.. Tapi umi memang suka aktiviti lasak-lasak sikit.. Kami ke gunung berapi.. Hahaha, act best sebab nak naik gunung berapi tu kami akan naik 4x4 jeep.. Hahaha, satu jeep tu akan naik 4 orang dan ada pemadunya.. So pemandu tu yang akan terang tempat dekat situ.. Act naik jeep tu sebab jalan dekat situ banyak lubang-lubang.. So perlu kenderaan yang agak lasak untuk naik ke atas..


gegadis jeep πŸ‘±


dah naik semua excited lebih hahaha

B4 sampai di puncak gunung berapi kami singgah di muzium dimana terdapat barang-barang dan rumah yang rosak disebabkan letusan gunung berapi.. Dekat muzium tu juga ada cerita tentang sejarah letusan gunung berapi yang sangat kuat😟..



ni muzium tu, 
act rumah ni pun jadi gini sebab letusan gunung berapi

Habis tengok, kami pun terus naik ke gunung berapi, act tak sampai puncak di kawah gunung macam mana kawan umi pergi gunung berapi di bandung.. Tapi kami dapat tengok kawah gunung itu dari jauh myb sebab kawah tu still aktif so tak boleh nak tengok dekat-dekat la.. Dekat puncak gunung tu sejuk sangat dan pemandangan dekat sana cantik sangat 😍😍😍


sekian lama ni la kanak-kanak UUM hahaha



of course with roommate dekat jogja 


semestinya diri sendiri hahaha

Dah habis ambil gambar atas tu kami pun turun dari gunung berapi dan ke destinasi wajib di Jogja iatu Candi Borobudur.. Candi Borobudur ni kenapa wajib pergi??? Sebab Candi Borobodur ni merupakan candi terbesar didunia.. So u must see it.. Candi ni juga korang boleh naik, maksudnya boleh masuk ke dalam dengan menaiki tangga yang tinggi hahaha 😁😁.. Sikit information pasal candi ni adalah candi Borobudur ni merupakan candi beragama Budha.. So dekat situ boleh la ambil gambar..


yeayhhh geng sintok menawan borobudur 


ni umi cuba cari view penuh candi, harap nampak la betapa besarnya



semestinya gambar kenangan


semestinya boleh bergambar di dalamnya



dan juga lompat haha, in shaa allah tak runtuh πŸ˜‹


Naik gunung berapi dah, pergi candi dah penat berjalan kami pergi makan.. Lepas tu kami pergi ke tempat yang membuat herba.. Maksudnya tempat buat jamu, dekat situ banyak sangat jamu untuk pelbagai penyakit hik3.. Act Jogja ni famous dengan batik dan jamu.. Then kami pun balik ke hotel.. Bagi sesiapa yang tak habis lagi shooping tu semua ke jalan Malioboro untuk habiskan duit termasuk la umi hihi 😁😁😁 ..


nak tunjuk juga gambar tugu jogja, simbolik 4 jogja 

Dua gambar bawah ni aktiviti yang orang sana akan buat πŸ‘‡


menyayi di tepi jalan 
sambil menghiburkan orang yang sesak di jalan



aktiviti student menjual bunga hidup

Esok harinya adalah hari terakhir kami di Jogja, selepas sarapan kami terus ke Airport.. Sebelum sampai di Airport kami singgah dulu di kedai yang jual kuih Bakpia.. Bakpia tu sejenis kuih yang di dalam nya ada inti pelbagai flavor macam coklat, cheese, nenas dan sebagainya.. Kalau dekat Malaysia ni kuih tu macam kuih bakar, yang luarnya warna putih n ada inti dekat dalam. Maaf takda gambar sebab nampak Malaysia ja masa ni hihi

Dah naik flight, kami pun disajikan dengan nasi beriani.. Hahahaha, makan lagi kan.. Pergi Jogja memang kejanya makan ja.. Then dalam 4 jam kami pun sampai di Malaysia n semuanya balik rumah masing-masing..


back to Malaysia

Terima kasih sangat-sangat pada UUM untuk trip ni dan untuk pengalaman  yang sangat best.. Thanks untuk k. Alia n k. Faizah juga sebab sanggup layan kerenah umi selama dekat jogja, terasa diri ni macam adik ja dekat sana 😊😍

YOGYAKARTA (AKJ)

Hello!!! Assalamualaikum semua, harap sihat selalu.. haha dah macam tengah tulis surat cinta pulak hik3.. Okey, harini umi ni cita pasal ...