Wednesday, 5 July 2017

JKPS DI HATI



Haiii, assalamualaikum... kita bertemu lagi, kali ni rajin pula umi update, biasa la sementara tunggu intern ni tak da keja nak buat sangat dekat rumah.. so berkesempatan la umi nak update n share segala cerita untuk semua..

Okeyh, update untuk kali ni umi nak cerita tentang JKPS.. Tahu tak apa tu JKPS??? Bukan Jabatan dan bukan juga jambatan 😁.. JKPS ni sebenarnya 1 organisasi pelajar dekat Inasis yang ada dekat UUM sahaja.. Haaa cita lagi pasal UUM.. JKPS ni maksudnya, Jawatan Kuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa.. 

ni gambar barisan JKPS tahun pertama

Setiap Inasis yang ada dekat dalam UUM semua ada JKPS nya yang tersendiri, tapi cara pimpinan kami myb tak sama.. JKPS ni bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pelajar atau diamanahkan untuk membuat program kepada pelajar-pelajar yang lain.. Hidup dekat U ni jangan asyik hadap buku ja 24 jam nanti bertambah juling mata asyik membaca.. Kena join juga aktiviti-aktiviti yang ada dekat U, untuk tambah kemahiran dan pengalaman dalam diri.. Ceramah plak dah umi ni 😁

So, apa yang dapat dikongsi pasal aktiviti dekat UUM ni terbahagi kepada 2 iaitu Kelab dan JKPS.. Kelab ni maksudnya ada jawatan kuasa yang akan mewakili setiap kos yang ada dalam UUM untuk buat program dan JKPS pula berfungsi untuk mengendalikan aktiviti untuk Inasis masing-masing 😎..
Dalam kawan-kawan umi yang rapat tu umi sorang ja yang terlibat untuk JKPS.. kosmate umi yang lain dengan nisa banyak terlibat dengan kelab.. 

UUM juga ada buat sistem merit, kalau dulu kami panggil sira.. Sistem merit ni merupakan point pada setiap pelajar yang bergiat aktif dengan aktiviti yang dibuat.. Masa zaman umi sem 1, 2 dulu kalau student tu tak cukup merit yang ditetapkan pelajar tu akan di "apung".. Apung ni bahasa UUM yang maksudnya akan ditukarkan Inasis.. So dengan cara itu, semua pelajar akan aktif dengan aktiviti yang disedikan.. Jadi pelajar kena sihat juga jangan asyik belajar ja tau 😠😜..

Okeyh, sudah-sudah la pengelan tentang JKS dan Kelab so back pada pengalaman umi masa join JKPS masa tu sem 2.. Bila ingat balik macam lawak pun ada, masa tu umi pemalu sangat.. Serius umi seorang yang sangat penakut, sangat pemalu.. Tapi JKPS banyak sangat ubah diri umi untuk jadi seorang manusia yang sangat berpendirian..

First masuk JKPS tu, senior umi sendiri yang cntc dengan umi tanya nak tak masuk JKPS jadi timbalan dia.. Nama akak tu, Kak Ain.. Kak Ain ni bahagian kerohanian, so umi akan jadi timbalan untuk kerohanian.. Dan cara umi masuk tu terus ja cakap setuju dan terus jadi JKPS, pada hakikatnya orang lain kena interview.. Tu dikatakan rezeki, dan masa tu umi tak yakin sangat yang umi boleh handle 1 organisasi tambah pula dengan belajar, sangat-sangat risaukan bab belajar.. Bila dah jadi JKPS ni korang kena spend masa korang, kena spend tenaga korang untuk JKPS.. Kena pandai-pandai bahagi masa korang sendiri..

  
ni dengan k.ain masa ni prepare untuk pelajar baru masuk


Bila bincang dengan kawan-kawan umi n nisa pun kata "kalau umi yakin umi boleh, umi yakin boleh bahagikan masa, umi join la" sampai sekarang umi ingat lagi cakap nisa tuπŸ˜ƒ... Nampak sangat tak yang nisa tu tempat untuk tanya pendapat.. Bila difikirkan habis-habis umi pun bersetuju untuk join.. Lepas ja cakap dengan K.ain umi setuju nak join, dia terus bagi maklumat hujung minggu semua JKPS kena pergi KPO dekat langkawi.. 

Lawak betul rasa, KPO dekat kampung sendri.. Okeh2, cerita balik, KPO ni umi sampai sekarang tak tahu maksudnya apa tapi yang umi tahu matlamat dia untuk wujudkan hubungan yang erat antara ahli JKPS.. So umi pun pergi la, masa tu umi cuma kenal sorang ja dalam JKPS.. Nama dia adilah, tapi kami panggil dia aedy.. Umi kenal dia pun sebab aedy ni satu kos dengan nisa.. So selama dekat langkawi tu umi kawan dengan aedy ja.. Dan dekat sana juga la umi kenal yang lain terutamanya Zulaiha.. Zulaiha ni kami panggil dia z.. Yang boleh rapat ni, aedy timbalan pada z.. Z exco sukan masa tu dan aedy timbalan exco sukan.. Mula pada situ umi boleh rapat dengan z..


ni gambar first umi dengan aedy n z dkat langkawi
tengah tu aedy n kanan z


Setiap masa dekat sana, kami bertiga ja lah, ke sana ke sini.. Tapi masa tu, umi banyak diam ja.. Biasa la malu😯😯😯.. bahaha malu sangat kan😁

Ni gambar-gambar kami masa KPO dekat langkawi..


ni gambar masa kpo langkawi, sekali dengan pengetua n pp

Habis ja KPO, mula la sesi untuk buat program.. Haaaa, umi ni bahagian kerohanian, so untuk bahagian agama ni mesti la buat pasal agama kan.. Untuk first program kami buat pasal Bengkel kewangan islam.. Masa tu K.ain letak umi sebagai penagarah projek, tapi umi banyak tolong ja sebab umi tak pandai lagi.. Then b4 mula program kami kena buat paperwork lepas diluluskan oleh penolong pengetua, pengetua, pengarah hep(hal ehwal pelajar) baru boleh buat program dan last kena buat report.. Haaa, masa tahun pertama tu paperwork, report semua kena buat bertulis dan kena hantar dekat hep (hal ehwal pelajar).. 

ni berita dari hep psal program bengkel kewangan islam

Tapi setahun lepas tu kami kena pakai sistem online ja.. Senang just key in ja dalam sistem tak payah ke hep setiap hari nak update paperwork dengan report.. Satu perkara lagi, bagi setipa exco dalam kelab dan JKPS, UUM sendiri yang akan bagi dana untuk setiap tahun untuk buat program.. So bagi yang nak buat program lebih pada dana kena pandai-pandai la cari sponser sendiri yerwww😁😁😁...

Lepas pada program tu, kami buat program tadarus tak silap umi.. Tadarus ni sebenarnya program jv.. Tadarus ni program jv dengan semua Inasis bahagian kerohanian, lepas tu jv dengan NGO luar.. Program ni juga fokuskan pada perempuan sahaja... So dekat sini umi dapat belajar untuk berhadapan dengan orang luar..


ni masa program tadarus dekat masjid uum


lepas tadarus ada ceramah sikit


 Dan satu benda yang umi tak boleh lupa, masa program umi berjalan, z yang banyak tolong umi walau pun dia bukan bahagian kerohanian.. Yes, bukan z ja yang banyak tolong.. Tapi dalam JKPS kami diajar untuk tolong antara satu sama lain.. Even bukan korang punya program tapi korang akan turun untuk support program exco lain dan korang akan kerahkan tenaga untuk tolong.. Subahanallah, sumpah benda macam ni yang buat umi rasa sangat-sangat tersentuh masa join JKPS.. Tak pernah berkira antara satu sama lain, susah senang sama-sama, luvvv u allll πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜—πŸ˜—


hahah, ni gambar masa kena jaga pendaftaran
ni ha z nya

Then untuk prrogram ke tiga kami buat program tentang berhijab.. Nama program ni "Jom Berhijab".. Program ni adalah program yang paling-paling umi suka sekali dan umi kena jadi pengarah program ni.. Kalau tengok dekat sini K. ain banyak bagi umi yang buat, tapi sebenarnya dengan cara K.ain ni yang membentuk diri umi.. Masa tu ajk umi kosmate umi sendiri.. So dorang la yang banyak tolong umi siapkan semuanya.. Program ni sebenarnya program yang dibuat bawah program exco siswi dengan keusahawanan.. Kiranya program umi ni under dua exco tadi.. Objektif program Jom Berhijab ni sebenarnya adalah untuk menarik lebih ramai wanita dekat Inasis untuk cuba berhijab, program ni bajet dya sikit saja, umi dan ajk lain sendiri yang gunakan tudung kami utuk program ni..


ni ha ajk setia umi msa handle program dulu
mula dari kanan: suha, mida, zue, tiyah n aiman..
tima kasih banyak tolong umiπŸ˜—


Apa yang menarik dekat sini, kami bukakan pada semua orang untuk cuba berhijab.. Bukan sahaja dia seorang islam, tetapi kami buka pada kaum cina dan india, kristian, sabah n sarawak untuk berhijab.. Yes, masa tu ramai sangat yang nak mencuba berhijab.. Dan benda tu sebenarnya buat umi terseyum sendiri bila ingat balik kenangan tu.. Cantik sangat dorang berhijab.. Yes, hidayah tu memang milik Allah, tapi tak salah untuk memberi peluang untuk mereka yang bukan islam itu cuba untuk pakai tudung.. 

Masa program berjalan, ramai la kaum lain yang tanya tak rasa panas ka bila pakai tudung lama-lama sebab dorang pakai sekejap ja dah rasa panas.. Umi hanya terseyum ja, hanya orang yang berhijab ja yang tahu tujuan memakainya dan atas matlamat yang betul dia tidak akan rasa apa-apa bila pakai tudung lama-lama.. Satu perkara lagi yang buat umi ingat sampai bila-bila, sorang senior umi kaum india, nama dia k. misya.. Dia orang pertama yang excited sangat nak cuba berhijab.. Masa umi dengan ajk yang lain tengah set up untuk program, dia orang pertama yang cakap "bila nak siap, saya tak sabar nak cuba pakai tudung"😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊... Berbunga-bunga hati umi bila dengar.. Tapi umi tak dapat nak letak gambar-gambar kaum lain yang cuba untuk berhijab sebab ada antara mereka yang tak izinkan 😁

ni berita hep masa program jom berhijab




Dan last program umi untuk kerohanian adalah semarakkan jantung al-quran.. Seperti yang kita tahu jantung al-quran itu adalah surah yasin.. Program ni adalah program bacaan yasin untuk pelajar inasis bank mauamlat untuk mengahadapi peperiksaan akhir.. So dengan kesempatan itu, umi buat program ni untuk mereka besedia dari segi kerohanian.. 


ni last program bacaan yasin masa tahun pertama

Satu perkara yang umi nak share dekat sini, Alhamdulillah, program Jom Berhijab tu menang dalam AKJ iaitu Anugerah Kerana Jasa 2015 dan alahamdulillah banyak lagi program-program exco dari Inasis Bank Muamalat seperti under exco KIA yang buat program ke Indon, Chaina mendapat anugerah. Perkara yang paling teruja sekali Inasis Bank Muamlat memenangi Anugerah AKJ untuk keseluruhan.. Alhamdulillah!!! Tahniah untuk Inasis Bank Muamalat.. 


yes, ni semua geng JKPS n also our mummy as a principle 

So untuk mereka adik-adik yang tengah usaha dalam bidang JKPS ni kena buat program yang mendapat penyertaan yang ramai dan menggunakan dana dengan baik, yang paling baik sangat-sangat cari sponser hik3..

Dalam bidang kerohanian ni umi pegang selama setahun dan tahun seterusnya umi tak dapat join sebab kononnya nak pergi mobiliti.. Mobiliti tu dalam UUM adalah pertukaran pelajar, niatnya untuk cari pengalaman baru dan tambah skill.. Masa tu umi dengan kawan umi lagi 3 orang minta mobiliti dekat unimas.. Sekali umi tak dapat sebab penuh untuk major animation.. Apa yang mengecewakan masa tu umi dah tak sambung JKPS dah.. Tapi di sebabkan setia kawan dalam JKPS then, PP (penolong pengetua), pengetua sendiri dah rapat sangat dorang masukkan umi bawah web master.. Web master ni fungsinya untuk handle web Inasis Bank Muamalat.. Setiap aktiviti akan di update dalam web tu, Web Master ni juga berada di bawah exco informasi.. So bermula la umi sebagai Web Master yang tak sampai beberapa hari.. 



ni pulak JKPS tahun ke 2

Tiba-tiba timbalan exco BLA (Biro Latihan & Akademik) tarik diri dari JKPS, katanya tak dapat nak fokus belajar.. Masa tu exco ni di pegang oleh aedy, so pengetua tarik umi gantikan timbalan aedy.. So automatik umi timbalan dalam BLA n umi web master.. Untuk kali kedua juga umi masuk JKPS tanpa ada interview.. So dalam exco BLA ni kami buat tiga program.. 

Program yang pertama adalah Be A Lady.. Di sebabkan Inasis kami ni Inasis perempuan kami lebih tertumpu pada latihan sebagai seorang wanita.. Be a Lady ni programnya tentang teknik penggunaan makeup.. Alhamdulillah, program ni mendapat ramai sambutan dari pelajar dan kami penjemput penceramah khas dari luar untuk program ni..


ni semua peserta be a lady


 ni plak masa program berjalan


Program yang kedua adalah Zentangle.. Zentangle ni pulak pasal penggunaan art dalam bahagian therapy.. Program ni merujuk kepada bagaimana kita therapy kan diri kita apabila stress.. Yes, macam-macam cara yang boleh kita buat masa stress antaranya, makan, tido, jerit argghhhh!!! 😦😦😦hahaha 😜.. tapi cara ni adalah dengan melukis, kalau nak tahu banyak pelukis yang terkenal menyampaikan perasaannya dengan lukisan.. Tapi Zentangle ni lukisan yang simple dan berulang-ulang tetapi menarik.. Peralatan untuk program ni juga diimport khas.. Semestinya juga, kami import penceramah khas yang akan ajar cara untuk melukis.. Untuk program ni kami bagi peluang untuk pelajar biasa yang jadi pengarah projek.. 


 masa program tengah berjalan


yes, dan hasilnya ini.. baguih budak uum ni buat qeja no 😁



Ok, back pada program ni.. Umi nak cerita sikit tentang penceramah yang handle program ni, penceramahnya seorang perempuan atau juga merupakan seorang isteri yang tugasnya suri rumah sepenuh masa.. Then satu hari suami dia curang dan mereka bercerai.. So masa tu dia rasa sangat-sangat tertekan dan dia bawak diri ke London tak salah umi dan di situ dia belajar tentang Zentangle ni.. So pengajarannya dekat sini, walau apa pun berlaku kita kena pandai kawal diri dan teruskan hidup seperti biasa 😁

For the last program, nama program tu Master Baker.. Tengok pada nama program pun kita dah tahu tentang buat kek or cookies. so umi cadang untuk buat cookies.. Tapi di sebabkan penyetaan 40 orang dan bahan yang sangat terhad beserta student hostel tak boleh guna alat eletrik yang terlarang, kami kena ajar cara yang mudah tanpa bakar atau bekukan.. Untuk program ni umi yang jadi pengarah, tapi umi juga yang ajar semua peserta untuk buat cookies tu.. Act resepi untuk cookies ni pengetua sendiri yang bagi tapi kami ubah sikit-sikit bahan yang dapat digantikan.. 


ni last program master baker


ni umi dengan exco umi aedy tengah prepare coklat untuk student


Okeyh, tamat lah sudah 2 tahun sebagai JKPS.. Tapi kena ingat juga dalam JKPS ni bukan program kita sahaja yang kena ambil tahu dan join.. Program exco lain pun kena, contohnya program sukan under exco sukan semua JKPS akan turun bagi sokongan dekat pusat sukan.. hahaha, ingat lagi umi pergi pusat sukan pakai jubah sebab masa tu baru ja balik dari kelas 😝


ni 1 kenagan masa kami kena kan kak.nana as a press 
masa ni birthday dya


Kalau di tengok-tengok semua benda yang umi cerita tentang semua program tu, kami JKPS kena luangkan banyak masa dengan program dan kena pandai bahagi masa untuk belajar.. Hakikat sebenarnya join JKPS sangat-sangat best!!! Sebab, setiap KPO yang akan buat tiap tahun boleh pilih dekat mana yang kita nak pergi, macam tahun pertama dulu pergi langkawi then tahun ke dua ke perak pula tanpa apa-apa bayaran pun hik3..


ni gambar kpo caving dekat gua kelam


ni plk kami buat aktiviti water rafting


Then program khas untuk KIA (exco komuniti, integrasi dan antarabangsa).. Haaa, exco ni keja dia pasal komuniti dan antarabangsanya dekat sini kami banyak pergi jalan-jalan terutamanya luar negara.. Tahun pertama dulu kami pergi Subrajaya (indonesia), program ke Malang Universiti.. Next year pula kami pergi Thailand, Krabi dan Hat yai.. Untuk tahun junior handle nanti katanya nak pergi Jog ja pula.. So selamat maju jaya untuk KIA yang seterusnya.. Satu perkara lagi, sapa yang jadi JKPS ni dia berhak untuk pilih bilik masa, tingkat berapa yang dia nak duduk 😁😁😁..


ni masa kami g indon naik bas pusing bandar


jalan-jalan


ni masa onway nak g krabi


masa island hopping dekat krabi


ni pula jalan-jalan naik angkut pusing bandar hat yai


 Masa umi dalam bidang BLA ni umi tamat sem 5, penghujung dah.. Bila masuk sem 6, diri ni memang tak boleh duduk diam n sentiasa sayang dengan JKPS umi jari RA (residential assistant).. RA ni pula tugas dya di bawah penolong pengetua.. RA ni yang akan jaga setiap portion yang ada dekat block di Inasis Bank Muamalat.. Antara tugas RA ni kena tutup pagar Inasis tiap pukul 11.30 malam so segala kenderaan jtak boleh keluar masuk selepas jam tersebut, lainnya, kena jaga kebajikan pelajar macam sakit ka, masalah eletrik, takda wifi ka.. Semua tu kerja RA dekat Inasis Bank Muamalat.. Benda tu kadangnya tradisi mantan JKPS akan jadi RA, boleh kata masa umi jadi tu ada 3 orang lagi yang jadi RA salah sorangnya z.. Z masa tahun kedua JKPS dya jadi timbalan president.. Haaa, RA ni pula kelebihannya, dia boleh duduk bilik sorang tanpa roommateπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.. 

Selain kelebihan boleh pilih bilik n RA duduk sorang, exco dengan RA dapat elaun setiap tahun... Semua tu di bayar ok, bahahah.. Setiap program yang dibuat juga akan bertanding dalam AKJ yang umi cita dekat atas, mana menang akan dibawa bercuti di luar negara yang akan ditanggung oleh UUM... So alhamdulillah, n in shaa allah hari ahad depan umi akan ke Jog ja dengan mereka yang terlibat juga..

Rasanya, ini saja yang dapat umi kongsi dalam bidang JKPS dan RA.. Post ni bukan nak tunjuk berapa banyak program yang umi buat, bukan nak tunjuk kemenangan apa-apa.. Tapi untuk student UUM sekarang atau bakal student UUM supaya sentiasa aktif dalam aktiviti yang ada dekat UUM.. Semua ni akan bantu kita untuk bentuk diri kita.. Umi bersyukur sangat-sangat join JKPS ni, sebab umi dapat belajar banyak sangat benda.. boleh bentuk diri yang pasif menjadi aktif, siapa yang kenal umi b4 ni, umi orang yang pendiam, penakut, tak pandai meminpin.. Tapi dalam JKPS ajar umi jadi orang yang lebih berani tambah pula Inasis Bank Muamalat Inasis perempuan semua, bermula kerja perempuan sampai la kerja lelaki yang lasak semua kami buat sama-sama.. Jadi perempuan kena kuat kan 😁😁😁.. 

JKPS juga buat kita jadi manusia yang sangat hargai masa, sebab kami akan sibuk dengan program masing-masing sampai kami orang yang akan masuk UUM lebih awal dari pelajar biasa, akan balik paling lewat dari pelajar biasa.. Kadang umi sendiri kena siapkan cepat-cepat asgment yang ada supaya dapat fokus dengan program,.. Dekat sini kita dapat lihat yang kualiti masa yang kita spend dengan keluarga n kawan-kawan yang lain akan kita hargai sangat-sangat 😍😍😍... Lagi satu tugas JKPS ni yang paling penting adalah untuk jaga pada waktu orentasi pelajar baru.. So untuk student yang baru masuk UUM korang semua akan jumpa dengan JKPS 😁😁😁..


preparation untuk MSK (minggu sual kenal)


kami dah ready😁


program yang paling tak boleh blah rumah hantu ni,
berjaya larh, sampai ada yang keluar menagis, muntah-muntah😈


semestinya mereka yang gila-gila


dan lagiπŸ˜‰, rindunyaaaa 😟😭


#LUVTEAMJKPS/RA
#LUVMUAMALAT



Monday, 3 July 2017

UUM UNTUK PERTAMA KALI



Hollaaaa,,, Assalamualaikum, sekian lama tak menulis ni... btw Selamat Hari Raya.. Sekarang ni bosan sangat dekat rumah tak tahu nak buat apa.. So dengan kesempatan membosankan diri tanpa ada arah tujuan untuk mendapat kecemerlangan ni, banyak cakap pulak kau ni umi... okeyh2, back pada topik dekat sini umi nak cerita pengalaman umi sendiri masa study dekat UUM..


Act, umi ni stay  dekat kedah ja, so hidup, belajar, bermain, berlari, merangkak, menyanyi, segala jenis meeeeee memang dekat kedah ja.. myb xda rezeki lagi nak duduk luar dari kedah.. So mula dari sekolah tadika, sekolah rendah, menengah, sampai la masuk U pun dekat kedah..

Ok, cerita sikit pasal UUM, UUM ni terletak di Sintok Kedah.. Nak senang tahu lokasi, ianya terletak berhampiran Bukit Kayu Hitam, dan Pekan Changlun..



UUM dari pintu depan


atas ni peta jalan dalam uum, senang la kalau sesat 😁

So, untuk pertama kali nya umi jejak kaki dekat UUM ni masa tahun 2013 rasa nya.. Masa tu bukan first day orentasi ka apa, tapi untuk ambil ujian Medsi.. Siapa yang tak tahu, ujian Medsi ni untuk sesiapa yang nak apply bahagian education, so orang tu kena ambik ujian ni untuk tahu diri mereka macam mana then baru ada sesi interview pulak... Nak jadikan ceritanya terpaksa la pergi UUM ambil ujian Medsi tu.. Masa ambil ujian tu dekat makmal dekat school accounting tak silap..


Bila dah tunggu beberapa lama, nak jadikan cerita umi tak layak bahahha πŸ˜‚... sedih betul, tak layak jadi cikgu, tak apa lah, myb diri sendiri ni tahu yang kita tak mampu n tak layak.. ialah, myb ada rezeki lain untuk umi kan... tunggu punya tunggu sampai la masej tawaran masuk U 😊..


Buka-buka ja tadaaaa!!!!!! UUM, Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.. Kedah lagi dalam hati ni 😱.. Dah tu dapat kos pulak Industri Kreatif.. Kos apa la Industri Kreatif ni.. So dengan kesempatan teknologi kian meningkat ni umi pun google la kos ni.. Rupanya kos ni terbahagi pada 4 major iaitu, filem, animasi, media interaktif dan muzik.. Sumpah tak kena dengan jiwa betul, masa tu mula la terbayang-bayang artis-artis, penyanyi, pengarah, segala kartun yang ada dalam dunia ni πŸ˜₯.. 



Atas ni video Scimpa sekali aktiviti dan kemudahan yang sedia dekat UUM

Pada mula nya cakap la dekat mama yang umi  tak nak masuk U.. Tapi mama pun pujuk la umi untuk cuba.. so kalau tak kenal maka tak cinta kan 😁 ... Dengan rasa rendah hati, jiwa dan raga ni redha ja masuk UUM dan kos ni.. For the first time masuk orentasi semua selama seminggu mula.. dekat UUM ni banyak DPP, DPP tu maksudnya dewan penginapan pelajar dan mula tahun lepas ditukar kepada Inasis iaitu Inapan Siswa.. Ada 15 Inasis dekat UUM iaitu MAS, TENAGA NASIONAL, PROTON, TRADEWINDS, PETRONAS, GRANTT, SIME DARBY, YAYSAN ALBUKHARY, BANK MUAMALAT, MAYBANK (untuk yang dah kawin ja tau), SME BANK dan BANK RAKYAT.. 


Kena tahu juga, sesiapa yang belajar dekat UUM ni semua student akan stay dekat hostel.. UUM  tak sama macam U lain. Kalau U lain sem pertama sahaja yang akan stay dekat hostel, lepas sem pertama kena keluar cari rumah sewa dekat luar.. Itu lah kelebihan UUM, walau pun UUM ni dalam hutan tapi banyak sangat kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pelajar.  Kalau lihat pada senarai Inasis dekat atas, UUM sediakan Inasis untuk mereka yang dah berkahwin, so siapa yang dah kawin tu nak angkut family pun boleh duduk dekat UUM.. UUM juga sedikan sekolah untuk anak-anak pesyarah atau pelajar dalam UUM.. Lepas tu, UUM juga sediakan bas untuk semua pelajar untuk pergi kelas.. So jalan dekat dalam UUM ni tak adalah macam dekat tempat lain yang sesak dengan lalu lintas..




ni gambar shoot kelas photography
hidden lake


dekat belakang umi tu namanya canselori, semua hal akademik dekat situ
ni masa zaman muda-muda


ni pula dekat depan library, depan ni ada kolam besar siap air pancut
acah ja gambar ni, tapi lepak sini best


boleh juga nak ambil gambar baring atas rumbut, sbb uum ni banyak betul rumput
nak baring dkt pdg golf pun boleh 😁




Dekat sini kita dapat lihat banyak sangat kemudahan untuk student UUM.. Jujur cakap pada mulanya, umi tak suka lansung UUM sebab jauh dengan bandar, tak macam U lain yang dekat dengan bandar, boleh shopping habiskan duit hik3... Tapi bila dilihat persekitaran UUM subahanallah!!! sangat tenang, boleh dengar bunyi burung, kehijauan pokok-pokok, rumput.. Itu pada pendapat umi, tapi bagi yang dah biasa dengan kemewahan tempat sendiri, setiap hari mengadap banggunan tinggi-tinggi mesti rasa kolot sangat bila study dekat UUM.. Lain orang, lain seleranya kan πŸ˜‰..


ni tasik untuk berkayak


happy day



ni tempat kuda, sapa yang nak ambik ko-k berkuda 
or nak naik kuda pun boleh



gerak pada view pusat sukan,
ni tempat selalu lepak petang-petang, sebab kita dapat rasa luaskan pemandangan


Untuk pengalaman umi masa first belajar dekat UUM, umi ditempatkan dekat Inasis Bank Muamalat, iaitu satu-satunya Inasis perempuan, tapi lepas 2 tahun 2 lagi Inasis di tukarkan kepada perempuan sahaja.. Sudah memang tertulis akhir zaman ni perempuan makin banyak kan so itu sudah kehendakNya..


ni gambar masa first masuk dulu dengan cousins, sekarang dh baru perabut
ni bilik umi masa sem 3 


Inasis Muamalat ni ada 2 sahaja block iaitu AP3 dan AP4 haaaa... Inasis ni terletak di laluan C, laluan ni hanya Inasis Bank Muamalat dan Inasis Yayasan Albukhari ja tau.. Ok, masa mula umi masuk Inasis Bank Muamalat ni umi stay dekat AP3 portion A paras 3.. Rancangan Allah tu sangat cantik, sebab umi roommate dengan kosmate umi sendiri.. So senang la kalau nak study ka apa hik3... Itu pada umi, ada setengah orang tak suka bila roommate dengan kosmate sendiri.. Nama roommate umi Siti Nabila binti Sobri.. Haaaa, nama ayah tu dah nak sama dah, then yang surprise nya lagi, tarikh birthday kami sama tau😚... 



trowback sikit gambar masa sem 1, masa ni kami orentasi πŸ˜„



ni gambar masa dah matang sikit, tapi bella ni dah jadi milik orang tau 

Nak dijadikan cerita lagi, jiran-jiran umi juga dapat kos yang sama dengan umi, tapi roommate dorang kos lain la hik3... dekat bawah ni umi tunjuk umi dengan kosmate dekat UUM.. kami ni memang gila-gila sikit.. ahahahha, sekali umi jadi gila hik3😁...


ni haa kosmate yang gila-gila



ni gambar dalam library, kami ni memang suka buat teruk sikit



ni plak masa last year dinner uhukk 😣 tiba-tiba sedih


Cerita pula pada kos yang umi dapat ni, pada mulanya masyaallah, tak faham lansung apa yang lecture ajar, orang cakap macam culture shock.. Tak biasa lagi dengan situasi belajar dekat U.. Untuk junior-junior akan datang, jangan terkejut beruk sangat bila masuk U ok, hidup kena cool n chill ja tau.. Dari cerita dekat atas tadi, kos Pengurusan Industri Kreatif ni ada 4 major, so 2 dari kawan umi iaitu jiha n farah ambik major filem, umi ambik major animation n bella major media interaktif.. muzik ja tak da, myb kami ni tak ada bakat dalam muzik, tapi bella n jiha pandai nyanyi.. Tapi mula pada junior akan datang ni, dorang kena interview dulu kalau nak masuk kos industri kreatif ni.. So sapa yang berminat kena belajar-belajar la kreatifkan diri😊


Ni nama dia jiha (major filem)
ig: jiehayahaya_


Ni plak farah (major filem)
ig: arihaysharaf

Dari mula tak minat, lama-lama kami sangat enjoy dengan kos ni.. Sebab kos ni asgment sangat aktif, maksudnya kena rajin sikit.. kalau filem biasa la kena buat short filem, kalau animation pula belajar buat 3d cartoon, media pula buat web or game, muzik buat lagu or muzik video.. So semua orang akan aktif.. Senang cakap, kena kreatif sikit n aktif 😁

Dekat bawah ni antara projek-projek yang umi dah buat dan kawan-kawan umi...


Ni hasil final project jiha


Ni pulak hasil final project farah


yang last ni, final project umi

Pesanan untuk junior juga, kalau rasa diri tu tak kreatif dan b4 ni korang budak math, budak sains yang tak minat dengan kos ni, percaya lah korang kena enjoy ja dan korang akan rasa diri korang mampu untuk itu...

Haaaa, perkenalkan juga, Nisa dan Mira.. Nisa ni roommate dengan jiha.. Nisa ni kos kaunseling, so bagi kami yang ada masalah selalu akan share dekat nisa dan umi juga clien tetap nisa bahaha.. Mira pulak roommate dengan farah, mira ni kos teknologi media major journalist... Mira ni budak penulisan ni hik3.. Tapi mira dengan farah kejap ja dekat Inasis Muamalat sebab dorang ni join ko-k suksis, suksis ni kiranya macam polis la dan dorang nanti akan ditauliahkan sebagai polis, maksudnya ada pangkat juga la dalam bidang polis ni so dorang di tempatkan dekat Inasis Yayasan Albukhari. Kami budak UUM selalu panggil YAB ja untuk Yayasan Albukhari, YAB ni Inasis untuk semua budak suksis, palapes, budak golf dan ada sikit pelajar biasa. Kiranya dorang kena duduk dengan geng suksis la.. Siapa yang masuk suksis ni juga ada kelebihannya, sebab bila habis belajar nanti, yang berminat sangat dengan polis, dorang boleh masuk polis..


ni nisa dan jiha, haa roommate sejati ni 😁


ni pulak mira dengan farah, ni pun roomate sejati sampai dua2 masuk suksis

 ni plak gmbar bersama-sama

Haaa, cakap pasal ko-k.. Semestinya dekat U banyak sangat ko-k yang korang boleh join.. Cerita sikit pengalaman ko-k umi, masa sem 1 dulu umi ko-k palapes.. Palapes ni bahagian ketenteraan, so ada pilihan sama ada nak join tentera darat, laut atau udara.. Masa tu umi join tentera darat.. B4 masuk bahagian ni ofcos la kena ada ujiannya, dan umi hanya mampu bertahan untuk 1 sem sahaja.. Bukan bermaksud saja quit tapi myb masa tu memang tak kena dengan jiwa kot.. Entah, susah nk explain perasaan tu.. Masa dekat Palapes ni umi dengan 2 orang lagi kosmate, kami sama-sama masuk n kami sama-sama quit hik3.. 


ni kosmate yang join palapes sekali πŸ˜€πŸ˜


ni gambar masa tengah latihan 😁😁


Kelebihan Palapes n Suksis ni setiap bulan akan dapat elaun, setiap latihan akan dapat duit... So tahniah batch yang mampu bertahan dan dorang akan tauliah tak lama lagi.. Untuk palapes nanti dorang akan ada pangkat Leftanan Muda.. Untuk suksis pula ditauliah sebagai inspektor 😌

Ni semua serba sikit yang umi share masa stay dekat UUM, tentang apa yang umi belajar, tentang aktiviti yang ada.. Haaa share sikit kemudahan yang best yang ada dekat UUM iaitu, student dapat main go kart, kuda, kayak, golf, boleh berenang, boleh sauna macam-macam lagi larh.. Semestinya sesetengah aktiviti tu ada harganya... Ini sahaja untuk post kali ni, nanti umi akan sambung lagi cerita umi masa stay dekat UUM.. Enjoy it πŸ˜ŠπŸ˜‰


YOGYAKARTA (AKJ)

Hello!!! Assalamualaikum semua, harap sihat selalu.. haha dah macam tengah tulis surat cinta pulak hik3.. Okey, harini umi ni cita pasal ...