Saturday, 22 August 2015

SINAR GEMILANG 12 PERKIM UUM (RANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK)

Bermulanya kisah apabila kawan umi dari sekolah menengah ajak pergi ke satu tempat pelancongan yang menarik. Tempat tu dikenali sebagai Sungai Belum, di Gerik, Perak. Sungai Belum itu sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Kebetulan juga kawan dari universiti tinggal di Perak, nama dia Najiha. So umi pun ajak la jiha dan kawan-kawan yang lain ke Sungai Belum. Tapi jiha cakap tempat tu jauh, maksudnya jalan nak ke Sungai Belum itu jauh. Tapi umi memang teringin sangat-sangat nak pergi sana. Bila jiha cakap tempat tu jauh, kami pun terpaksa membatalkan niat nak ke sana. Rasa macam, "urmm, tak apalah myb tak ada rezeki lagi"

Besoknya cerita, kawan dari kelas post dalam group whatsApp tentang program universiti iaitu under Perkim UUM, dorang nak buat program kebajikan di perkampungan orang asli dekat area Sungai Belum.



So, umi pun apa lagi, benda yang umi nak sangat ada depan mata. Allah itu maha mengetahui dan seperti yang kita tahu, bahawa kita hanya merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya rancangan Allah itulah yang terbaik. Mungkin Allah tak izinkan untuk umi pergi dengan sahabat-sahabat yang rapat dengan umi tetapi Allah sudah tetapkan umi untuk pergi ke sana dengan sahabat-sahabat yang baru. Pada mulanya matlamat umi ke sana untuk melancong, tetapi bila umi pergi program under Perkim UUM ini terus berubah matlamat umi iaitu umi pergi ke sana untuk membuat kabajikan di kampungan orang asli. Niat mestilah sama dengan tujuan kita buat kan..

Secara ringkasnya program tersebut diberi nama SG iaitu Sinar Gemilang dan ianya juga merupakan program tahunan Kelab Perkim UUM dan program ini juga merupakan program khidmat masyarakat. Program ini juga dijalankan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan tidak lupa juga penyertaan dari (YADIM). Program ini dijalankan di Perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Gerik, Perak.



(Ajk dan peserta SG)


Bermulanya perjalanan dari UUM dengan menaiki bas selama 4 jam dan diteruskan dengan menaiki houseboat di Tasik Banding, Hutan Simpan Royal Belum selama 4 jam. Umi cerita sedikit pengenalan tentang suku kaum yang terdapat di perkampungan orang asli Sungai Tiang. Mereka terdiri daripada suku kaum Jahai dan berketurunan Negrito, rupa paras mereka pula seakan orang Afrika. Penduduk di perkampungan itu juga menganuti agama islam, kristian dan ada juga yang tidak beragama. Tetapi peratus mereka yang beragama islam sangat sedikit. Mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan, dan mencari madu di hutan sebagai sumber pendapatan. Apabila lihat situasi hidup mereka boleh dikatakan susah. Sungguh, banyak perkara yang dapat kita muhasabah diri apabila berada di sana. Namun, perkampungan tersebut sangat cantik dan tenang.


Apabila kami sampai di sana, kami terus megangkat barang-barang keperluan untuk memasak dan memasang khemah. Aktiviti pertama yang kami lakukan di sana adalah memberi makanan kepada penduduk orang asli. Di samping memberi makanan kami juga turut belajar tentang bahasa mereka iaitu Baerh (jom), gay (makan), m (minum). Pada mulanya penduduk di sana agak malu dengan kedatangan kami. Walau bagaimanapun, kami tetap cuba untuk mendekati diri mereka. Orang cakap "tak kenal maka tak cinta."

Pada hari kedua, umi dan kawan-kawan yang lain berpeluang untuk jalan-jalan melawat kampung, di samping mengajak mereka untuk sarapan. Suasana di sana Subahanallah sangat nyaman dan sejuk. Apa yang menarik di kampung mereka ialah mereka mempunyai sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang. Masa umi jalan-jalan di sana umi ada selisih dengan anak-anak penduduk kampung yang nak ke sekolah. Walaupun mereka duduk di kawasan pendalaman tetapi Alhamdulillah mereka masih berpeluang untuk belajar seperti kita. 



Perkara yang umi kagum pada sekolah ini ialah cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah tersebut, umi sempat berborak dengan seorang cikgu yang mengajar di situ. Beliau merupakan seorang cikgu wanita, menurut beliau kebanyakkan cikgu yang mengajar di sana terdiri daripada cikgu-cikgu yang bujang kerana cikgu yang sudah berkahwin terutamanya perempuan susah untuk mengajar di sana. Hal ini kerana apabila cikgu perempuan yang sudah berkahwin dan mengandung mereka susah untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga berada dalam keadaan beresiko tinggi apabila mereka terpaksa menaiki bot laju untuk keluar dari perkampungan tersebut.  Menurut cikgu tersebut itu lagi, beliau sendiri yang minta untuk mengajar di sekolah tersebut. Beliau sangat sukakakan ketenangan yang ada di kampung tersebut dan beliau sendiri ingin jauh daripada kesibukkan dari luar. Hal ini kerana mereka jauh daripada teknologi dan tiada talian telefon.



Namun, satu perkara yang buat umi rasa tidak selesa di sana ialah mereka membela cuak dalam bahasa mereka dan dalam erti kata lain (dog). Pergaulan mereka dengan cuak itu ibarat kita bermain dengan kucing. Menurut maklumat yang umi dapat mereka membela cuak adalah untuk menjaga keselamatan kampung kerana kampung mereka pernah dimasuki harimau. Perkara ini akan mengancam kehidupan mereka di sana.



Aktiviti seterusnya, umi dan ajk yang lain memberi sumbangan dari rumah ke rumah. Sumbangan itu terdiri daripada makanan dan barang keperluan diri. Kehidupan mereka di sana tidak sesenang kita di rumah sendiri. Hidup mereka yang hanya bergantung kepada sumber yang mereka dapat, hidup ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mereka juga bergantung pada tenaga solar sebagai bekalan eletrik, terdapat juga rumah yang masih berlantaikan tanah. Mereka juga bergantung kepada sumber air tasik sebagai tempat untuk mereka mencuci dan membasuh.



Satu perkara yang sangat menyentuh hati umi sendiri apabila kami mengadakan sumbangan pakaian kepada mereka. Ketika umi menolong seorang mak cik lipat pakain untuk diberikan kepada penduduk orang asli yang tinggal jauh dari kampung mereka. Mak cik tersebut dengan senang hati berkongsi kisah hidupnya. Kisah hidupnya sebagai seorang balu yang terpaksa membesarkan 3 orang anak yang masih bersekolah. Umi tidak berani untuk bertanya banyak kerana umi takut umi akan buat dia rasa sedih. Tidak dapat umi bayangkan situasi hidupnya yang serba kekurangan dan dia terpaksa membesarkan anak-anaknya tanpa suami. Macam mana dengan pembiayaan sekolah anak-anak, makan, minum anak-anak. Mesti mak cik tersebut rasa sangat perik, Tapi umi yakin dia seorang yang sangat kuat sebab dia adalah insan yang terpilih. Allah tahu dia mampu untuk hadapi semua itu, semoga Allah lindunginya dan Allah pemudahkan urusannya. 




(maaf gambar video ini tidak jelas)

Pada waktu petang pula kami membuat aktiviti sukan neka bersama-sama anak orang asli. Pada mulanya mereka agak kekok dan malu apabila diajak bermain bersama. Tetapi apabila kemesraan diberi dan kami memberi sedikit hadiah kepada mereka akhirnya mereka dapat bermain bersama. Umi rasa sangat gembira dan seronok dapat bermain bersama-sama mereka. Kanak-kanak di sana sangat lincah dan pandai bersukan. Kanak-kanak perempuan bermain sukan neka bersama ajk perempuan manakala lelaki dewasa bermain bola sepak bersama ajk lelaki. Sungguh, kanak-kanak di sana sangat comel.







Satu perkara lagi yang menarik tentang diri mereka, walaupun mereka tinggal di pendalaman tetapi tasik yang menjadi sumber hidup mereka itu sudah seperti teman bermain. Mereka sangat pandai berenang. Tidak seperti orang yang tinggal di bandar yang perlu ke kelas untuk belajar berenang. Melihat gelagat mereka buat umi terseyum sendiri, walau mereka serba kekurangan tetapi ukhuwah sesama mereka tetap terjaga, walau hidup mereka susah tetapi mereka tetap gembira dengan kehidupan mereka. Seyuman dan gelak tawa mereka sebenarnya mengubat hidup mereka.




Pada esok harinya pula, kami mengadakan aktiviti gotong-royong. Kami membersihkan kawasan kampung. Suasana pada waktu pagi sangat nyaman, selepas gotong-royong umi dan kawan yang lain berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki rakit di tasik. Subahanallah best sangat-sangat, walaupun habis baju basah hihi..



Selepas makan tengah hari, kami semua berangkat untuk pulang. Semua barang-barang dikemas dan diangkat masuk houseboat, pada ketika itu umi rasa sanagt berat hati untuk meninggalkan kampung tersebut. Walau kampung itu serba kekurangan, tiada kemudahan tetapi tempatnya sangat indah dan tenang. Pada akhir sekali semua ajk dan peserta memegang tangan masing-masing dan ustaz membacakan doa wahdah dan disahut oleh kami dari belakang. Saat itu umi merasakan bahawa bumi yang umi pijak itu adalah bumi Allah, umi merasakan perjuangan islam itu perlu dibawa bersama dalam hidup. 

Allahu, meresap masuk ke hati. Mereka yang tinggal di kampung itu perlukan bimbingan, mereka perlukan bimbingan dari kita semua untuk mengenal islam dengan dekat. Mereka sebenarnya mencari diri mereka, semoga satu hari nanti Allah sampaikan seseorang yang dapat membantu mereka, semoga satu hari nanti Allah beri hidayah kepad mereka. Aminnn!!! Sesungguhnya hidayah Allah itu sangat indah..

-umss-

Tuesday, 11 August 2015

ALLAH ADA BERSAMA ORANG YANG SABAR

Nama aku Alif, aku dibesarkan di rumah anak yatim. Seperti semua orang tahu, rumah anak yatim adalah rumah untuk orang yang sudah kehilangan ibu bapa. Bagi aku, aku tidak pernah kehilangan mereka kerana mereka sentiasa ada dalam hati aku. Mereka tidak akan pernah padam dari hati aku walau roh terpisah dari jasad. Oleh sebab mereka lah aku dapat melihat keindahan ciptaan tuhan di atas dunia ini.


Alhamdulillah, walau aku sudah tidak mempunyai ibu bapa tetapi kawan-kawan di rumah anak yatim yang menjadi pendamping susah dan senang. Setiap kesedihan dan kesenangan dikongsi bersama, terutamanya pada tahun itu aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Oleh kerana itu aku dapat menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh iaitu MRSM.

Pada suatu hari, rumah anak yatim yang aku tinggal dikunjungi dua orang tetamu, mereka merupakan pasangan suami isteri.  Setelah beberapa minit kemudian, ummi iaitu penjaga di rumah anak yatim memanggil aku. Ummi menyampaikan berita bahawa pasangan suami isteri itu telah membuat keputusan untuk mengambil aku sebagai anak angkat mereka.. Sungguh tersa sayu hati apabila berita itu sampai ditelinga. Aku terpaksa pergi, pergi mengikut mereka dan meninggalkan rumah yang selama ini menjadi tempat aku bermain. Namun, aku tiada pilihan melainkan pergi bersama pasangan suami isteri itu.


Di dalam kereta, aku banyak mendiamkan diri. Sungguh pada saat itu, aku terasa kekok, rasa tidak selesa. Wanita yang berada di sebelah kiri memeluk aku.


"Ikut mama dan papa balik ya sayang, kita jumpa kakak dan abang di rumah" kata wanita itu membahasakan dirinya mama.


Aku tidak mampu untuk menjawab melainkan anggukkan sahaja menjadi jawapan. Perjalanan yang selama satu jam itu terasa sangat lama sehingga aku tertidur di dalam kereta. 


"Alif, bangun. Kita sudah sampai." kata mama sambil menepuk lembut bahu aku.


Keluarnya dari kereta, terkejut aku melihat rumah banglo dua tingkat berwarna krim di hadapan mata. Di hadapan rumah kelihatan berdirinya seorang lelaki dan seorang perempuan, mungkin ini anak-anak mama dan papa bisik hati aku, tanpa membuang masa mama menarik perlahan tangan aku.


Mama kenalkan aku pada kedua anaknya, anak lelaki mama bernama Syafiq dan anak perempuannya pula bernama Syaza. Mereka terus membahasakan diri mereka abang dan kakak. Masuk sahaja di dalam rumah abang Syafiq membawa aku ke bilik dan biarkan aku berehat.


Letaknya beg di tepi almari pakaian, aku terus merebahkan badan di atas katil. Syiling ditenung lama, teringat aku kepada ummi dan kawan-kawan di rumah anak yatim, teringat juga aku pada ibu dan ayah yang ada jauh di dunia lain. Hampir menitis air mata apabila teringatkan peristiwa yang menimpa ibu dan ayah pada malam itu. Terus aku bangun dari baringan menuju ke bilik air.


"Aku perlu solat."


Setelah salam pertama diberi dan ikuti salam kedua, aku meraut wajah. Bibir basah melafaz pujian pada pencipta yang agung, al-fatihah didekahkan pada ibu dan ayah di sana dan tidak lupa juga pada seluruh umat islam yang pergi jauh tinggalkan bumi Allah ini. Sungguh dunia ini hanyalah sementara.


Keluarnya aku dari bilik, kelihatan papa sekeluarga menonton tv di ruang tamu. Langkah terus terhenti, aku terus memalingkan badan dan melangkah semula ke bilik. Aku tidak mahu menganggu kegembiraan mereka sekeluarga. Sebelum sampainya di bilik aku terpandang gambar yang gantung cantik di dinding tangga, kelihatan gambar papa sekeluarga. Dalam gambar tersebut papa memakai baju bewarna putih, pada ketika itu baru aku tahu bahawa papa seorang juruterbang.


Usai makan malam aku terus masuk ke bilik. Aku perlu siapkan persiapan untuk mendaftarkan diri ke sekolah baharu. Ketukkan bilik membantutkan kerja aku. Kelihatan abang berdiri dihadapan pintu.



"Boleh abang masuk" terseyum abang di muka pintu.

"Ya, sila. Inikan rumah abang."

Abang Syafiq terus duduk di atas katil dan dia berikan aku sebuah kotak. Di dalam kotak itu terdapat buku rujukan dan buku latihan tingkatan satu. Terima kasih diucap kepada abang kerana hadiahkan aku buku. 

Dua tahun kemudian..

"Happy birthday to you." 

Nyanyian hari lahir dihadiahkan pada diri aku. Papa dan keluarga menyambut hari lahir aku di butik mama. Ramai tetamu yang hadir, kawan-kawan aku, papa, mama, along dan kakak turut memeriahkan majlis. Aku rasa sangat bahagia, papa sekeluarga sangat baik. Mereka layan aku seperti keluarga sendiri dan aku sendiri sudah dapat menyesuaikan diri bersama keluarga baru. Alhamdulillah, Allah berikan aku kebahagiaan yang tidak ternilai dalam hidup. Walau bagaimanapun, aku tetap ingatkan diri aku bahawa aku hanyalah keluarga angkat dalam hidup mereka.

"Hoi anak yatim! Pergi mampus la engkau!" Ludahan terus lekat di muka aku.

Kedengaran sorakkan dan gelakkan kuat dari budak-budak lain. Aku terus ditolak jatuh ke tanah. Habis baju putih aku kotor, tumbukkan dan sepakkan terus hinggap di badan aku. Sedikitpun aku tidak melawan, hanya tagisan halus dapat aku luahkan. Bukan aku tidak mampu untuk membalas tetapi aku berasa sedih. Kenapa aku sebagai anak yatim perlu dihina? Berdosakah aku apabila ditakdirkan hidup menjadi anak yatim piatu? 

"Alif!" 

Tepukkan kakak dibahu mengejutkan aku. Terus hilang semua bayangan hidup aku ketika di sekolah rendah dahulu. Sehingga ketika itu aku tidak faham mengapa Azri sering membuli dan menghina diri aku. Semoga suatu hari nanti Allah beri kesedaran pada dirinya. Aku terus pergi mendapatkan mama.

"Mama, Alif rasa.. Alif nak balik rumah anak yatim malam ni."

Mama memandang aku lama. Entah apa yang ditafsirkan di wajah aku ini..

"Urmm, nanti mama suruh Pak Mat hantarkan." Kata mama sambil terseyum.

"Eh, tak apalah mama.. Alif boleh pergi sendiri, nanti Alif naik bas." Ucap aku perlahan.

"Bahaya kalau Alif naik bas sorang-sorang.. Tambah malam pula" Nada mama sangat risau.

"Tak apa mama, Alif boleh jaga diri.. Nanti bila sudah sampai Alif call mama ya." aku cuba memujuk.

Mama hanya seyum, dia terpaksa akur dengan kehendak diri aku dan dia percaya bahawa aku dapat menjaga diri sendiri.

Pada malam itu, mama dan papa sendiri yang menghantar aku di hentian bas.. Selepas aku bersalam dengan papa aku terus mendapatkan tiket bas. Aku tidak pergi ke kaunter di mana destinasi untuk ke rumah anak yatim tetapi aku pergi ke rumah lama, rumah di mana aku dibesarkan. Perjalanan hampir dua jam akhirnya aku sampai ke destinasi.

Berdirinya aku di hadapan rumah teres dua tingkat itu cukup membuatkan hati ini berasa sayu. Tanpa membuang masa lagi aku terus membuka pintu pagar rumah. Lampu di petik, isi di dalamnya masih sama.. Sama seperti yang ditinggalkan lima tahun dahulu cuma perabot di dalamnya dihiasi dengan sarang labah-labah.. Aku sangat rindukan suana di dalam rumah tersebut..

Aku naik pula di tingkat atas dan aku masuk ke dalam sebuah bilik. Dimana bilik tersebut adalah bilik ibu dan ayah.. Bilik itu dihias perabot yang ringkas dan terdapat beberapa bingkai gambar yang bergantung di dinding bilik.. Aku merebahkan badan di atas katil, kipas di syiling ditenung lama dan beralihnya di sebelah kanan aku terpandang sebuah frim bewarna coklat.. Kelihatan gambar aku, ibu dan ayahnya menghiasi frim tersebut.. Gambar tersebut di ambil ketika majlis hari jadi aku semasa aku berusia lapan tahun..

"Alif, ibu dan ayah balik lambat sikit ya.. Jalan agak sesak, hujan lebat. Alif tunggu dengan mak cik dulu di rumah. Kejap lagi ibu dan ayah sampai, ibu bawakan hadiah istimewa untuk Alif."

Itulah saat terakhir aku mendengar suara ibu.. Suara ibu yang selama ini melahirkan aku, mendidik aku dan menjaga aku bagaikan menatang minyak yang penuh.. Pada malam itu, ibu dan ayah aku kemalangan teruk sehingga meragut nyawa.. Pada malam itu juga adalah hari lahir aku yang ke sembilan tahun dan hadiah yang ibu katakan itu adalah tiket penerbangan kami bercuti ke London.. 
Sungguh aku tidak menyangka bahawa tarikh kelahiran aku adalah tarikh kematian ibu dan ayah, empangan mata aku terus pecah apabila teringat peristiwa itu..

Selepas pemergian ibu dan ayah, aku tinggal bersama mak cik di rumah. Mak cik yang belum berkahwin itulah yang menjaga diri aku. Mak cik sangat baik, dia menjaga ku seperti anaknya sendiri tetapi selepas sebulan mak cik mula berubah perangai. Layanan yang baik itu terus bertukar menjadi kasar.. Aku menjadi tempat untuknya melepaskan kemarahan, setiap hari aku dipukul, aku didera, dimaki, dihina.. Perkara tersebut akhirnya di ketahui oleh mak cik Kiah iaitu jiran aku, mak cik Kiah lah yang membuat laporan polis tentang kejadian diri aku.. Lalu Mak cik di kenakan tindakan undang-undang dan aku pula di tempatkan di rumah anak yatim..

Pada mulanya aku berasa sangat sedih, aku marah pada tuhan mengapa Dia takdirkan hidup aku begini? Dalam usia aku yang masih kecil, Dia ambil ibu dan ayah aku, mak cik aku pula mendera aku.. Tetapi ummi yang banyak mengajar aku erti sabar dan erti bersyukur. Kata ummi,

Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Kata-kata itulah yang menjadi pegangan aku selama ini, biarpun diri ini dihina dan dikeji. Aku yakin Allah itu sentiasa ada bersama aku. Lalu aku tertidur bersama air mata.

Pada keesokkan harinya aku menjalankan satu operasi untuk mengemas rumah, semua bahagian yang ada di rumah aku bersihkan termasuk rumput di hadapan rumah. Ketika aku melintasi jalan membuang sampah di tong sampah besar seberang jalan, mak cik Kiah menegur aku sehingga aku tidak perasan ada sebuah kereta yang meluncur laju dan selepas itu pandangan aku terus menjadi gelap..

Tiba-tiba aku merasakan ada cahaya yang menyuluh mata.. Bukanya mata aku terpandang wajah mama dan papa, ketika itu aku berada di hospital.. Aku cuba bersuara tetapi aku berasa sangat susah seperti ada yang menyekat.. Lalu mama menadahkan telinga di mulut ku.. Aku cuba juga untuk bersuara..

"Mama, Alif minta maaf. Halalkan makan minum Alif. Alif sayang mama."

Aku tidak mampu berkata-kata lagi, aku rasa sangat sakit ketika itu.. Sakitnya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Mungkin sudah tiba saatnya aku pergi bersama ibu dan ayah. Pergi meninggalkan dunia yang indah ini dan papa ucapkan syahadah di telinga lalu pandangan aku terus gelap buat selama-lamanya.



YOGYAKARTA (AKJ)

Hello!!! Assalamualaikum semua, harap sihat selalu.. haha dah macam tengah tulis surat cinta pulak hik3.. Okey, harini umi ni cita pasal ...